Isnin, 28 Mei 2012

Aku Dan Dia

Aku dan Dia 
Bukan dua dan bukan satu 
Satu masih berbentuk 
Masih berjarak titik atas dengan bawah 

Sedangkan Aku dan Dia 
Tiada titik yang halus 
Sedangkan Aku dan Dia 
Tiada rupa, tiada bentuk, tiada ruang, tiada zaman 

Aku adalah Dia 
Dia adalah Aku 
Tiada beza antara Aku dan Dia 
Tiada beza antara Dia dan Aku 

Bila Aku cuba mengenali Dia 
Aku tidak kenal lagi diriku 
Aku tidak kenal lagi diri Dia 

Bila dia cuba mengenali diriku 
Dia tidak kenal lagi dirinya 
Dia tidak kenal lagi diriku 

Aku adalah rahsia Dia 
Dia adalah rahsia Aku
Usah diganggu rahsia ini 


-Malim Muda-

Khamis, 24 Mei 2012

tak seindah wajah

Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakonan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

Rabu, 16 Mei 2012

fikirkan

Fikirkan, selamatkah kita di tangan orang-orang itu 
Fikirkan, selamatkah kita di tangan mergastua itu 
Fikirkan, selamatkah kita di tangan penglipurlara itu 
Fikirkan, selamatkah kita di tangan sang algojo itu 
Fikirkan, selamatkah kita di tangan kumpulan itu 
Fikirkan, selamatkah kita di tangan tukang karut itu 
Fikirlah, yang kita hanya selamat di dalam tanganNya


-Malim Muda-

Jumaat, 11 Mei 2012

aku dan diriku

Diriku telah hilang 
Ghaib di dalam gua yang dalam 
Gelap gulita 
Puasku mencarinya 
Namun tidak ku temui 

Sesekali kelibatnya melintasi di hadapan ku 
Bila aku cuba memegang dia kembali menghalang 

Wahai Pelindung diriku 
Lihatlah betapa kasih aku kepada diriku 
Bila Engkau memisahkan daku daripadanya 
Masih juga daku mencari-carinya. 

Wahai Pelindung diriku 
Selamatkan daku daripada fitnah diriku sendiri 
Janganlah Engkau lepaskan daku kepada sesuatu selain-Mu 
Walau sekelip mata jua.. 

 
-Malim Muda-

Isnin, 7 Mei 2012

Dhuha

Ya Allah 
Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu 
Kecantikannya, KecantikanMu 
Keindahannya, KeindahanMu 
Kekuatannya, KekuatanMu 
Kekuasaannya, KekuasaanMu 
Perlindungannya, PerlindunganMu 

Ya Allah 
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah 
Jika dibumi, keluarkanlah 
Jika sukar, permudahkanlah 
Jika haram, sucikanlah 
Jika jauh, dekatkanlah 

Berkat waktu dhuha 
KecantikanMu, 
KeindahanMu, 
KekuatanMu, 
KekuasaanMu 

Limpahkan kepada ku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh..

Khamis, 3 Mei 2012

hidup

Hidup
Satu perjuangan abadi
Yang berjalan tanpa disedari

Hidup
Takdir dan suratan
Ujian keimanan

Biarpun pahit namun
Tetap akan ditelan

Kerana hidup sukar
Dimengertikan
Ibarat mimpi dalam khayalan


-Malim Muda-

Sabtu, 28 April 2012

himpun lagi

Marilah kita berhimpun
Yang ramai bangsa melayu serumpun

Marilah kita berhimpun
Yang gemar berbalas ‘pantun’ dengan orang yang santun

Marilah berhimpun
Yang suka menyumbang nyanyi, sampai tak larat diri

Marilah berhimpun
Yang bijak mencari ruang dan peluang

Marilah berhimpun
Yang cepat melatah dan mudah 'patah'

Marilah berhimpun
Yang menunjuk perasaan yang 'perasan'

Marilah berhimpun
Yang berpakat dalam hari rakyat

Tetapi ramai juga yang tahu, itu semua lakon
Tetapi ramai juga yang tahu, itu semua labun

Ramai yang tak ingin
Ramai yang dingin
Kerana masih lagi waras untuk naik angin..



-Malim Muda-

Khamis, 26 April 2012

penyerahan

penyerahan adalah keikhlasan 
penyerahan adalah kesabaran

penyerahan adalah kepasrahan 
penyerahan adalah keyakinan 

penyerahan adalah kelapangan 
penyerahan adalah kedamaian 

penyerahan adalah kebahagiaan 
penyerahan adalah kesejahteraan 


-Malim Muda-

Selasa, 24 April 2012

anak

Anak itu anak kita
Anak itu amanah dariNya

Anak itu zuriat agama
Anak itu warisan bangsa

Anak itu belum ada akalnya
Anak itu tidak ada dosanya

Anak itu suci jiwanya
Anak itu bersih hatinya

Asuh dan pelihara
Didik dan jaga
Sementara masih ada

Jika tuhan berkehendakannya
Tuhan lebih sayangkannya
Mungkin ada hikmah antaranya

Sesungguhnya takdir kehidupan sudah ditentukan
Redha dan pasrah dengan keikhlasan
Lara dan berserah dengan pengorbanan

Anak itu tinggalnya berteman
Anak itu duduknya keriangan

Sampai waktunya ia berjalan
Menanti di pintu syurga hadapan


-Malim Muda-


*Al-Fatihah untuk Muhammad Imran Luqman..

Jumaat, 20 April 2012

kematian

kematian adalah pasti
kematian adalah sunyi

kematian adalah pilu
kematian adalah cinta

kematian adalah rindu
kematian adalah hakiki

Isnin, 16 April 2012

pantun adat

Menanam kelapa di Pulau Bukum
Tinggi sedepa sudah berbuah
Adat bermula dengan hukum          
Hukum bersandar di Kitab Allah 

Laksamana berbaju besi
Masuk ke hutan melanda-landa   
Hidup berdiri dengan saksi    
Adat berdiri dengan tanda      

Lebat daun bunga tanjung           
Berbau harum bunga cempaka
Budi dijaga pusaka dijunjung         
Baru terpelihara adat pesaka

Berbuah lebat pohon mempelam                
Rasanya manis dimakan sedap
Bersebarlah adat seluruh alam              
Adat pusaka berpedoman kitab

Pokok pinang ditanam rapat   
Puyuh kini berlari-lari
Samalah kita menjunjung adat             
Tunggak budaya semai dihati